Budak kecil itu...

Posted: 2/12/2009 by fahmi chester in
1

Budak kecil itu tidak mengerti,
Melihat emaknya senyap berlumuran darah,
Ayahnya dihempap runtuhan dinding rumah,
Dan rumahnya pula terbuka menampakkan awan.

Dia tidak mengerti kenapa,
Seluruh badannya sakit sekali,
Walaupun sudah puas dia menangis,
Tapi tiada satu pun yang mendengar akan tangisannya.

Lagi tidak mengerti pabila,
Letupan,tangisan raungan jeritan dan takbir,
Terngiang-ngiang ditelinganya,
Walaupun sudah sebulan ia berlaku.

Dia juga tidak mengerti,
Mengapakah tiada siapa yang datang menolong,
Mengangkat runtuhan dinding dari ayahnya,
Dan tiada siapa pun yang datang menjenguk kedalam rumahnya.

Lagilah dia tidak mengerti bahawa,
Dia didalam bencana perang,
Kerna itu amat asing bagi umurnya,
Yang baru sekecil umang-umang.

Mengertikah dia bahawa dia dan puaknya itu hanya sendiri?,
Melawan musuh yang celaka durjana,
Kerna jiran-jirannya hanya mampu melihat
Bahkan menghalang masuknya manusia pembantu.

Tidak,
Budak kecil itu tidak mengerti,
Dia cuma kanak-kanak kecil,
Yang menagis kerana sakit dan lapar.

Tapi,percayalah,
Suati hari nanti,
Budak kecil itu akan berjihad menebus segalanya,
Setelah dia mengerti makna semuanya...

Palestin, Tabah, Sayang...

1 sudah tekan balik:

  1. biology-edinburgh says:

    sangat suka tulisan ini, tepat sekali ttg palestine.