menagislah..

Posted: 11/21/2009 by fahmi chester in
3

pernah tak kau rasa mahu menangis?
kerana engkau rasa engkau berseorang,
walaupun pada masa itu ada bejuta jasad di sebelah kau
dan menemani kau?
tentu pernah kan?

pada masa tu engkau rasa yang engkau hidup di satu tempat yang kering lagi kosong,
engkau mahu air, hanya ada debu,
mahu buah, hanya ada tangkai,
mahu madu, hanya ada lebah
hanya engkau semata2 dan tiada hidupan apa2 pon
dan pada masa itu,
kau mahu bercakap sedanghkan mulut engkau kaku untuk menjerit berkata bahawa engkau mahu kuasa,
tapi,
kau hanya mampu menjerit di dalam hati

kau tidak menangis

kau terus berjalan kerana kau rasa kau mampu untuk mencari hujung dunia sana yang kau rasa akan sampai tiba
semakin kau jalan semakin penat hati kau itu
semakin kau tahan semakin penuh otak fikiran kau
dan semakin kau biar semakin terseksa batin kau
seperti akan ada yang mahu meletup

kau jalan lagi, kau gagah..

kau tiba di satu tempat yang tiba2 dipenuhi manusia,
tetapi hanya bayangan hitam,
kau cuba tegur, tiada jawapan,
kau cuba pegang, tapi tiada rasa
kau cuba tahan, tiada siapa berhenti,
kau hampa.

kenpa engkau tidak menagis sahaja wahai manusia?
menagis adalah ubat paling mujarab sebelum engkau selesaikan yang lain,

menagislah kerana sesuatu pun,
kerana
selepas menangis,
kau akan aman,
kau akan cerah,
kau akan celik,
kau akan sedar
dan kau akan nampak segalanya..

dan selepas itu,
segala macam jalan akan terbuka untuk kau.

Janji...

Posted: 6/08/2009 by fahmi chester in
0

Debu-debu lantai bulan itu ku kumpulkan,
Serpihan kecil bintang bersinar itu ku satukan,
Suam sejuk planet pluto itu ku botolkan,
Dan haba mentari itu aku sejukkan.


Semuanya aku kumpulkan aku dapatkan,
Kerana aku pernah berjanji pada engkau,
Yang aku mahu engkau dapat apa yang orang lain tiada,
Aku bertekad akan aku usaha untuk mendapatkannya.


Namun,
Aku baru tersedar yang langit itu tujuh dan jasadku hanya satu,
Yakni aku tidak mampu menunaikannya dan semua hilang tinggal janji berdarah.



MAAFKAN AKU ATAS APA YANG TERJADI KERNA SESUNGGUHNYA AKU MASIH TIDAK MEMAHAMI AKAN ISI HATIKU SENDIRI APATAH LAGI MAHU MEMAHAMI ISI HATI ORANG LAIN...

pening.

Posted: 4/30/2009 by fahmi chester in
0

pening...

tido aku entah kemana,
makan aku tidak seberapa,
jalan aku mau terpesong aja,
lidah aku selalu terkelu diam.

pening..
makin hari makin ku pening,
semakin cepat masa ini berlalu,
semakin sempit kurasa demensi itu,
makin menghimpit aku yang lemah kurus ini.

pening..
kerna entah berapa kali telah kucuba,
menghampiri cahaya yang indah itu,
tapi semakin dekat kuras semakin jauh,
hinggakan aku akhirnya sesat berseorangan.

pening,
dunia ini terlalu kejam kurasakan,
yang aku buat semuanya khayalan,
kerna aku tidak merasa apa kenyangnya,
dan kerna aku selalu bermimpi di cerah siang hari.

mungkin tiada rezeki.... 

Suntuk

Posted: 3/22/2009 by fahmi chester in
0

Sempatkah aku belajar?
Kerna masa sejengkal kera.

Mampukah aku lepas?
Kerna menara itu sungguh tinggi.

Dimana aku sekarang?
Kerna aku masih terngiang-ngiang.

Apakah masa depanku nanti?
Kerna ku takut akan gelapnya.

Siapa mampu memapahku?
Kerna tongkat saktiku hilang kuasanya.

Penciptaku,
Kuatkanlah semangatku..

maaf..

Posted: by fahmi chester in
0

Aku diam.
Aku senyap.
Aku ada.
Hatiku menyepi.
Tiada nukilan.
Dahulu itu.
Tiada sambungan.
Tiada kemudahan.
Aku bebal.
Tiada masa.
Aku suntuk.
Aku berehat .
Dahulu itu.



Dan akan kucuba sambung kembali,
Maaf...

Manusia plastk

Posted: 2/25/2009 by fahmi chester in
0

Wah ramainya kenalan engkau,
Facebook, Friendster, Myspace, Tagged,
Semua orang kenal akan engkau,
Dan beratus-ratus 'kawan' engkau.

Tapi sedarlah,
Dunia ini penuh dengan manusia plastik,
Siapa? kawan-kawan engkau itulah manusia plastik,
Dimana sifatnya sama seperti wang plastik,
Ada, tapi tidak nampak, berguna, tapi bila perlu aja.

Bukan semua kawan kau itu kenal engkau,
Bukan semua kawan kau itu tahu nama penuh engkau,
Bukan semua kawan kau itu tahu dimana rumah engkau,
Tapi, semua kawan kau itu tahu bila masa engkau ada wang,

Engkaui tidak kenal pon orang itu,
Engkau tidak tahu perasaan dan hati budinya,
Engkau cuma nampak permata yang indah sahaja,
Sedangkan di dalam, dia tetap manusia plastik.

Orang yan kau anggap kawan itu,
Berapa ramai yang pergi mencari engkau bila masa kau cuti,
Berapa ramia yang menjenguk engkau dirumah tika kau sakit,
Berapa ramai yang sanggup belanja kau makan dikala engkau kesempitan,
Dan berapa ramai yang tergelak bila melihat kau menangis kerana perempuan??

Orang yang kau anggap kawan itu cuma plastik,
Dunia ini penuh dengan manusia plastik,
Aku engkau dia kamu semua plastik,
Masing-masing memakai topeng abadi,
Masing-masing tidak mahu bersendiri.

Wahai plastik-plastik sekalian,
Sedarlah,
Bila kali terakhir kau talipon kawan kau?
Bagaimana fizikal dia sekarang?
Adakah dia masih hidup?
Dan dimanakah dia hidup sekarang??

Plastik,
Manusia plastik,
Engkau plastik,
Kawan kau lagi plastik!!

Pesan ayahanda.....

Posted: 2/23/2009 by fahmi chester in
0

Masih aku teringat,
Ayah pernah berpesan,
"Ayah tidak reti menyuruh kamu belajar,
Kerna ayah tidak pandai, dan ayah tidak tahu,
Tapi ayah harap yang kamu tahu,
Akan apa yang patut kamu buat,
Dan untuk apa hidupmu di alam ini,
Ayah tidak mahu paksa kamu belajar,
Tapi mengertilah anakku, ayah suka bila kamu belajar",
Dan,
Lupakah aku sekarang??


Pada satu lewat malam,
Ayah pernah marahkan aku,
"Kenapa lewat kamu balik malam ini?,
Bukankah kamu tahu yang ayah tidak suka begitu,
Ayah mahu kamu balik awal di malam lain,
Ayah risau akan kamu wahai anakku,
Ayah mahu kamu jaga diri kamu dimalam hari,
Jangan terikut perangai orang 'buta' itu,
Jangan kau hanyut dibawa arus seperti mereka,
Dan aku,
Paham maksud ayahku itu.


Dan dia berpesan lagi,
"Anakku, kamu anak lelaki paling sulong,
Selepas ini kakakmu akn menjaga suaminya,
Hanya kamu tempat ayah dan ibu bakal bergantung,
Menjaga kami di waktu tua nanti,
Ayah tidak meminta balasan dari kamu,
Cuma, kamu pikirlah akan dimasa tua kamu nanti,
Mahukah kamu berseorangan tanpa anak disisi??
Aku paham,
Aku menangis,
Mampukah aku...

Jiwa aku jiwa engkau

Posted: 2/17/2009 by fahmi chester in
1

Jiwa aku jiwa engkau,

Jiwa kita tidak serupa,
Jiwa engkau lembut,
Jiwa aku kental.

Kau berubah bila ditegur,
Menjadi apa yang mereka mahukan,
Tapi aku kekal dengan diriku,
Menjadi apa yang aku mahu.

Engkau baru setahun jagung,
Dalam mencari sahabat kawan teman,
Tidak nampak sirat yang tersorok,
Hanya nampak surat yang tertunjuk.

Aku tahu mana yang engkau tidak tahu,
Kerna aku telah banyak merantau,
Walaupun kukelihatan kebudakan,
Namun aku sudah tua pengalamannya.

Nescaya itu,
Jiwa aku jiwa engkau,
Jiwa kita terbahagi dua,
Jiwa engkau masih bermain,
Jiwa aku sudah penat...

Lelaki jalanan itu...

Posted: by fahmi chester in
0


Dan lelaki jalanan itu harus mati,

Kerna dia pemalas,

Dia boleh berjalan,

Matanya masih celik,

Badannya hanya kurus sedikit,

Tapi suaranya masih kuat,

Jalannya elok sahaja,

Akalnya nampak molek lagi,

Badannya cuma berbau sedikit,

Tapi,

Dia harus mati kerna,

Dia pemalas,

Hanya reti meminta,

Tidak mahu membuat sesuatu,

Pergi kau!!!

Berikan aku...

Posted: by fahmi chester in
0

Kekuatan,

Sekuat dan segala kerasnya untuk aku,
Patahkan segala tombak syaitan,
Yakni hawa nafsu yang celaka,
Dimana aku selalu tertikam olehnya.


Cahaya,
Kerna aku amatlah kelam,
Tidak nampak apa yang mendatang,
Dan selalu tersungkur pabila aku,
Tersepak masalah dunia  celaka.


Tongkat,
Untuk temankan aku berjalan,
Semasa kakiku kaku dan pegun
Terpatah terrkehel kerna disepak oleh
Kaki-kaki jin pemalas.


Api,
Untuk panaskan diriku yang beku  ini,
Kerna aku tidak mampu berbuat apa,
Aku lemah, aku lembik, aku malas, akulah aku,
Dan Engkau,
Berilah padaku...

Budak kecil itu...

Posted: 2/12/2009 by fahmi chester in
1

Budak kecil itu tidak mengerti,
Melihat emaknya senyap berlumuran darah,
Ayahnya dihempap runtuhan dinding rumah,
Dan rumahnya pula terbuka menampakkan awan.

Dia tidak mengerti kenapa,
Seluruh badannya sakit sekali,
Walaupun sudah puas dia menangis,
Tapi tiada satu pun yang mendengar akan tangisannya.

Lagi tidak mengerti pabila,
Letupan,tangisan raungan jeritan dan takbir,
Terngiang-ngiang ditelinganya,
Walaupun sudah sebulan ia berlaku.

Dia juga tidak mengerti,
Mengapakah tiada siapa yang datang menolong,
Mengangkat runtuhan dinding dari ayahnya,
Dan tiada siapa pun yang datang menjenguk kedalam rumahnya.

Lagilah dia tidak mengerti bahawa,
Dia didalam bencana perang,
Kerna itu amat asing bagi umurnya,
Yang baru sekecil umang-umang.

Mengertikah dia bahawa dia dan puaknya itu hanya sendiri?,
Melawan musuh yang celaka durjana,
Kerna jiran-jirannya hanya mampu melihat
Bahkan menghalang masuknya manusia pembantu.

Tidak,
Budak kecil itu tidak mengerti,
Dia cuma kanak-kanak kecil,
Yang menagis kerana sakit dan lapar.

Tapi,percayalah,
Suati hari nanti,
Budak kecil itu akan berjihad menebus segalanya,
Setelah dia mengerti makna semuanya...

Palestin, Tabah, Sayang...

Puas...

Posted: 2/09/2009 by fahmi chester in
0



Puas, aku mengeluh dalam hati,
Setelah apa yang aku buat jadi hasilnya,
Pada malam itu dan di pentas itu,
Semuanya jadi tatapan meraka.

Bukan aku cipta seorang,
Mereka ada di tepi aku,
Menolong aku pabila aku mula basah,
Dek kerna ianya memenatkan.

Dan ketika membuat itu aku gembira,
Mencuba dan memikir sesuatu yang baru,
Ada yang tidak pernah aku buat sebelum ini,
Tapi akhirnya menjadi sesuatu.

Gembira ketawa kubersama mereka,
Kekadang ku kecewa pabila aku berseorang,
Tidak ku suka memaksa-maksa,
Kerna ku tahu mereka kan datang.

Bahtera istana semuanya menjadi,
Mereka pandai menconteng menghias,
Yang mana aku tidak reti,
Dan bersama merekalah aku ketawa.

Di malam peristiwa itu,
Mereka pasang meraka susung semuanya jadi,
Tersergam indah hasil penatnya,
Terima kasih kawan-kawanku.

Dan aku,
Puas...


trimas kepada NONEL, KHALIL, JIJOL, AFIQAH, BANDUNG, AFIQ, AKMAL, JIMMY, YIEN, AIMAN, SUMANTH, NAB, KHAIRUL, LUKMAN,  ZAIM, MUSTAQIM,  J-LO, WANI PETSIB,  ZAI PETSIB,  PEREMPUAN SENIOR, JUNIOR dan SEMUANYA.. trimas dan tahniah untuk semua..

Si....

Posted: 2/04/2009 by fahmi chester in
0

Pengampu,
Mulut kau semanis tutur kau sehabis,
mengayat mengampu terkesima si pendengar,
Segala kata pujian basah dimulutmu,
Dan kau muntahkannya pada pendengar bodoh itu,
Dan aku? bangga kau...


Hipokrit,
Depan mata engkau intan berlian,
Paling baik,alim,bersopan-berbahasa,
Tapi itu hanya pada bungkusan aja,
Kerna isinya,hitam buruk,berbau berulat,
Dan aku? tabik kau...

Pencinta-pencinta,
Pagi ini perempuan itu,petang bersama gadis disana,
Malam nanti betina sudah tersedia menunggu engkau,
Hebat,habis semua perempuan jadi milik engkau,
Hati,jiwa dan hormatnya engkau tusuk,
Dan aku? cemburu kau...

Kawan celaka,
Makan lepak main bersama,
Engkau susah,aku susahkan juga diriku untuk kau,
Tapi celaka,kau curi kau kutuk kau hina ku dibelakang,
kau lari tika ku susah,tika ku menangis jantan,
Dan aku? hormat kau...

Bangga, tabik,
Cemburu, hormat,
Untuk mereka-meraka,
Si Celaka.

Si Buta Itu...

Posted: 2/01/2009 by fahmi chester in
2

Berjalan bertongkat melintas jalan,
Tidak ada satu pun berhenti memberi laluan,
Si buta itu tertunggu sesuatu,
Bila bunyi senyap sunyi dia cuba melintas,
Tapi hon kereta lagi laju dari gerak kakinya,
Dia berundur...

Sibuta itu menanti berseorang selama 5 minit,
Berpeluh muka dek panas mentari,
Bersama satu bungkusan di tangan kiri,
Erat digengam takut terlucut telepas,
Entah apa didalamnya...

Selepas itu memang sunyi sepi, tiada pergerakan,
Dia melintas selajunya dan berharap pada tuhan,
Jalan sebatang umpama sungai yang lebar,
Jauh dan bahaya buat dia takut,
Dia selamat melintas...

Sepanjang lorong kecil dia berjalan,
Mengetuk tongkat mencari jalan,
Matanya gelap ditambah kaca mata hitam,
Terkadang kekiri, terkadang tersepak batu kecil,
Di jalan juga.

Ingatannya kuat kalah kita biasa,
Hafal berapa langkah,kiri atau kanan,
Hari itu dia tersesat 5 langkah,
Umpama tersesat di hutan belantara,
Matanya berair...

Dipegang erat bungkusan itu,
Matanya masih basah risau akn kandungannya,
Perlahan dia berjalan mencari arah pulng,
Cuba kiri, ketuk tanah kanan, pegang situ,pegang sini,
Dia tabah..

Tersungkur dia terjatuh tersepak bongkah kayu,
Manusia celaka tinggalnya di tepi jalan,
Berdarah disiku kerna selamatkan bungkusan itu,
Tongkatnya terlepas mukanya makin basah,
Berair mata...

Memanggil meminta tolong di kesunyian itu,
Tangan meraba tongkat saktinya,
Kiri kanan, tidak tersentuh juga,
Tiba ada suara manusia kecil,
"Tolong pakcik nak"...

Kanak-kanak itu memberi tongkat dan kaca mata,
Menyapu debu pasir di baju si buta itu,
Menanya pakcik, "mahu kemana?",
"Rumah pakcik di tepi lorong sana",
Dia pimpinkan..
Mengalir lagi air mata...

Erat gengaman si buta akan tangan kanak itu,
Takut terlepas atau terpesong,
Perlahan ditanya akan umurnya,
10 tahun dijawab budak itu,
Kecilnya...

Di bucu lorong itu ada rumah usang,
Pintu tidak berkunci jelas nampaknya,
Bumbung terkopek mesti ada yang basah tika hujan,
Tiba terdengar suara orang tua,
Siapa?...

"Terima ksaih nak", kata si buta itu,
Kanak itu berjalan mengundur keluar,
Tidak pergi dia masih menunggu,
Melihat bungkusan apa dan siapa suara itu,
Dia senyap...

Si buta itu masuk kedalam rumah usang itu,
Berketuk-ketuk akan bunyi tongkat,
Menghampir tilam lusus diats lantai,
Dia menunduk menghampiri sesuatu,
Kanak itu masuk...

"Ini nasi sarapan ibu" terdengar katanya,
Rupanya tadi itu suara ibunya yang nyanyuk,
Diam menyuap kepada ibunya yang lapar,
Dikala jam sudah pukul 1 tengah hari,
memang lapar..

Sibuta itu hanya menyuap,
Matanya berair perutnya berkeroncong,
Terdengar esakan ibunya menangis,
Kasihan anakku...

LENGKAP SUDAH

Posted: 1/30/2009 by fahmi chester in
0

Terik mentari menyuluh anak mata buta,
Menyedarkan aku dari mimpi lena,
Batin menjerit katanya mahu tidur lagi,
Tapi sayangnya kelasku pagi.


Mandi mata sahaja dan gosok gigi kering,
Baju tidak bergosok dan berbau ku pakai juga,
Mencari beg kelasku yang hancur menunggu masa,
Dan aku terus menuju ke sarapan.


Roti bakar dan air kopi mengisi perutku,
Yang dari semalam kelaparan menanti santapan,
Dengan lahap dan cepat kumakan kuminum segalanya,
Kerna aku amatlah terlewat.


Mengkhayal mengamun didalam kelas,
Tidak kuhirau pelita yandg terbakar di depan,
Mata berkelip mengantuk pening dan boring,
Cukup masa ku terus keluar.


Bila makan tengahari yang ditunggu tiba,
Ku melangkah ke dewan makan dengan seribu harapan,
Panjangnya barisan kerana ada yang lagi awal dari aku,
Bila sampai giliran, lauknya daging sebesar penumbuk,
aku hampa...


Makan tidak puas ku balik tidur semula,
Jam pukul 2 mengejutku bagun lagi,
Berselipar sahaja aku berjalan kekelas,
Dengan muka yang penuh seribu kemalasan.


Dan kelas itu yang paling teruk,
Kerna semua tahu diwaktu kemuncak itu,
Hati ini bagaikan si mabuk yang tidak tahu jalan,
Dan mata ini pedih menahan tarikan kelopak oleh setan.
Ku tabah jugak...


Pukul 5 habis kelas dan aku cepat menuju ke chalate,
Berbaring memeluk bantal menarik selimut,
Kurasa badanku kurang sihatnya,
Kerna sudah lama aku tidak bermain petang.


Tiba malan gelap, aku masih sama,
Tidak berubah menjadi serigala liar,
Kjerna disini tiada bulan menyinar,
Dan malam itu penuh dengan kebosanan.


Buku di rak menjadi hiasan mata hatiku,
Terkadang tersentuh bila ada kerja,
Banyak melencong menyanyi berlagu,
Banyak berjalan ke bilik kawan dan buku, ditingggalkan...


Pukul 3 pagi mataku baru mengantuk,
Tertarik-tarik kelopak mata dek setan hatiku,
Letih seharian aku main-main,
Entah apa yang telah kupelajari,
Tida meningkat,tiada yang menurun,
Tapi hariku LENGKAP SUDAH,
Dan tidak perlu aku merancang lagi...

Engkau...

Posted: 1/28/2009 by fahmi chester in
0

Engkau,
Satu yang bertuah dalam berjuta,
Tercantik diantara mutiara terindah,
Laksana permata di jutaan pasir,
Bersinar menyerlah berkilau-kilau terangnya.


Engkau,
Tidak pernah jemu akan aku,
Walau jiwaku penuh syaitan hawa nafsu,
Engkau tabah, engkau tahan, engkau gagah, engkau sabar,
Engkau dekatkan dirimu padaku.


Engkau,
Mengapa aku tidak mengerti?
Tidak nampak akan engkau di depan mataku,
Menghina mencaci menipu berdusta,
Melari meninggal membuat kau sengsara.


Tapi engkau,
Terima aku seadanya diri,
Gelap gelitaku engkau suluhkan,
Jalan terkehelku engkau betulkan,
Badan busukku engkau mandikan dengan cahaya ikhlasmu.

Engkau..
Tidak terkata aku untuk membalas,
Tetapi,
Terima kasih aku ucapkan.

kalaulah...

Posted: by fahmi chester in
0

Kalaulah..
Mesin masa dicipta manusia,
Akan ku balik ke zaman Melayu Melaka.


Kalaulah..
Masa depanku dapat kulihat,
Nescaya aku tidak bermain begini.


Kalaulah..
Tradegi semalam berulang kembali,
Samapi mati akan ku menagis.


Kalaulah..
Engkau berada di depan mata,
Tidak ku lepas pandang mu walau seketika.


Kalaulah..
Lautan itu dalam sejengkal,
Nescaya kuukir namamu di dasar sana.


Kalaulah..
Aku banyak masa,
Entah apa akan terjadi...

HARI IN KECEWA.....

Posted: 1/21/2009 by fahmi chester in
2

Hari ini kecewa,
Entah bagaimana masa depanku,
Mengapa ini semua terjadi,
Mengapa resultku jadi begitu.


Hari ini kecewa,
Seperti mana yang bermain di fikiranku,
Aku telah bermimpi ini kan terjadi,
Dan memang benar firasat ku ini.


Hari ini kecewa,
Aku bodoh aku dungu,
Aku malas aku tidak reti,
Aku main dan ini hadiahnya.


Hari ini kecewa,
Aku menconteng arang ke muka,
Aku musnahkan harapan keluarga,
Aku hancurkan mimpi indah ku.


Hari ini kecewa,
Seperti ketika ku di Matrik,
Seperti ketika ku hanyut di UM,
Seperti ketika ku putus cinta.


Hari ini kecewa,
Menangis darah tiada maknanya,
Memencil bukan dapat membantuku,
Dan aku harus bermula kembali.


Hari ini kecewa,
Aku gagal membuktikan diri,
Entah bila aku kan berjaya,
Kerna ku gagal SEKALI LAGI...

HIDUP UNTUK APA?...

Posted: 1/20/2009 by fahmi chester in
0



Hari ini hidup lagi,
Sampai bila belum tentu lagi,
Sekarang ceria mungkin tiada esok,
Sekarang kecewa mungkin tiada esok,
Apakan daya takdir berserah,
Bukan kita hanya berserah.


Untuk apa hidup kita,
Adakah nafsu syaitan durjana,
Membebankan menyusahkan si ibu bapa,
Mengisi perut dan membuat dosa,
Terhuyung hayang membuang masa,
Terlupakah kita Tuhan Yang Esa.


Hidup ini hanya sementara,
Kita masih diantara,
Mati bukan pabila tua aja,
Mati jangan dengan bersahaja,
Cukupkah kita berbuat pahala,
Atau sekadar berbuat bala.


Musafir kita di tanah Empunya,
Menuntut ilmu mencari timba,
Susah senang itu ranjaunya,
Tiada siapa mampu berdusta,
Memang itulah tugas bersama,
Mencari jalan hidup yang sempurna.


Aku juga tidak sempurna,
Masih mencari langkah dimana,
Nafsu syaitan datang beribu,
Amalan pahala langkah seribu,
Aku sedar siapa aku,
Wahai Tuhan bantulah hambaMU...



Siapa Aku?....

Posted: 1/19/2009 by fahmi chester in
1

Aku,
Manusia biasa di muka bumi,
Menunggu masa menanti hari,
Tidak ku suka menghitung hari,
Bukan ku mahu apa yang terjadi,
Semuanya takdir dari azali,
Apa yang terjadi jadi abadi.


Aku,
Aku hanya sebesar serangga,
tidak ku bisa menggertak dunia,
Aku mahu jadi berjaya,
Aku mahu hidup bahagia,
Namun datang padaku segala celaka,
Dan segala yang ada hanyalah sementara.


Aku,
Aku mahu berkawan berjuta,
Musuh nan satu tidak ku pinta,
Tapi mengapa mereka boneka,
Yang hanya reti mengaburi mata,
Ketika susah mereka berkata,
Dimasa senang,mereka tiada didepan mata


Mengapa,
Kadang kala aku terlupa,
Menjadi syaitan bersumpah neraka,
Kadang kala aku dihina,
Umpama mereka paling mulia,
Kadang kala aku terseksa,
Dicucuk jarum nafsu manusia,
Dan jarang sekali aku bahagia,
Dan jarang sekali aku gembira.


Aku,
Aku ini manusia biasa,
Bercuba untuk menulis puisi,
Ingin ku luah isi dihati,
Agar dapat ku abadi,
Salam perkenalan dari hati,
Inilah aku, h@f!z f@hm! .....


TERLUAH PADA:
8:18PM
19/01/2009