Semalaman di hospital

Posted: 7/10/2010 by fahmi chester in
0

Semalaman di rumah sakit

Sakit.
Itu yang aku rasa
Walaupum aku segar sihat
Kerana tempat ini buat aku turut berkongsi
Merasa akan  kesakitan mereka-mereka
Yang terlantar di atas katil itu

Suram
Kerana ini bukan tempat untuk kau
Bergelak tawa bergembira
Kau disini kerna menghormati orang yang sakit
Merasai sakit mereka
Dan menyedari betapa tidak hebatnya engkau 
Bila ditempatkan diatas katil itu

Aku lihat,
Seorang pakcik tua bersama cucu perempuanya,
Bila ditanya dimana anaknya,
Kerja..

Aku lihat,
Seorang makcik tua mungkin dalam 50an
Bukan dia yang sakit
Tapi menemani cucu lelakinya
Kerana kedua ibu-bapanya
Kerja...

Aku lihat lagi
berpuluh-puluh manusia,
Kecil besar tua muda
Tidur di koridor-koridor
Menunggu seseorang dari luar
Beralaskan lantai
Berbantalkan tangan
Namun, tiada lansung muka terseksa dalam mereka.

Mahukah kau menjadi pakcik tua itu?
Atau kamu hanya mahu menjadi anaknya?

Mahukah kau menjadi anak lelaki itu?
Atau hanya mahu menjadi ibu bapanya?


Dan

Celaka
Dan celakalah kau jika kau 
gelak terbahak-bahak didalam wad
Akan lawak yang kau buat 
Walaupon untk menceriakn seseorg,
Kerana,
Yang sebelah,
Mungkin,
Ada seseorang yang,
Kesakitan selepas pembedahan,
Berlawan hidup mati
Menunggu anak yang tidak muncul-muncul
Hendak ke tandas, tapi malu dan uzur
Tiada siapa datang menjenguk
Keseorangan
Kesunyian...

Ya, jangan jadi sebegitu
Cuba kita fikir akan perasaan orang laen
Tak susah kan?

 
Semalaman di hospital ini 
Sedikit menyedarkan aku
Walaupun betapa hebatnya aku diluar sana
Jika aku sakit dan di-wadkan, 
Adakah akan ada orang yang mahu
Menjenguk aku?
Menunggu aku?
Menjaga aku?
Dan berkongsi kesakitan aku ini?


Adakah?