Selepas aku nampak kau.

Posted: 11/09/2010 by fahmi chester in
6

Aku nampak pakcik tua pimpin tangan makcik tua melintas jalan.



Aku nampak budak kecil berpusing-pusing di taman.



Aku nampak pemandu bas ketawa bersama penumpang.



Aku nampak kakak itu senyum dengan talifon di telinganya.



Aku nampak tukang sapu itu gembira bersama rokok dimulut.



Aku nampak kucing bermain-main dengan sampah kecil.



Aku nampak jalan tidak sibuk sebagaimana biasa.



Aku nampak awan begitu cantik sekali hari ini.



Aku nampak merpati hinggap di tingkap bilikku.






Aku nampak semua ini,
selepas aku nampak kau.

Posted: 10/27/2010 by fahmi chester in
0

Test



- Posted using BlogPress from my iPhone

Jangan Kau Main Dengan Cinta

Posted: 10/24/2010 by fahmi chester in
2

Buat bodohlah akan perasaan engkau itu,
Bilamana kau rasa yang kau amat dahagakan cinta.
Padahal engkau tahu yang engkau tidak mampu penuhi cinta tersebut.
Kerana sebenarnya engkau belum lagi bersedia.

Jangan kau bermain kata dusta dengan si dia,
Pabila hati engkau masih belum sedia untuk berdua,
Kerana kau hanya akan melukakan hati nya,
Hati yang mengharap akan sesuatu dari engkau.

Ya,
Mungkin kau amat sayangkan dia,
Kau takut suatu hari nanti,
Seseorang akan mengambil dia,
Dimana ketika itu kau tidak mampu berkata apa kerana dalam diri kau masih belum bersedia.

Oleh kerana itulah,
Kau tipu dia sekarang ini,
Kau cakap kau sayang dia,
Kau cakap kau cinta dia,
Kau cakap kau perlukannya,
Padahal
Kau hanya
Takut kehilanganya di hari kelak.

Sekarang kau begitu,
Masih menipu dia,
Padahal hati kau masih belum bersedia.

Hei bahlul,
Kau tidak tahukah yang Pencipta kau akan tolong kau jika kau iklhas dan betul-betul ingin memperisterikan perempuan idaman engkau?
Tidak mengisytiharkan diri sebagai pasangan kekasih tidak bermakna kau tidak akan mengahwini dia.

kau silap konsep.
Itu konsep manusia cipta.
konsep tuhan telah lama tersedia.

Kalau
Kau sayang dia,
Kau berdoa dengan Pencipta kau,
Mintak dia jodohkan dengan kau
Pabila kau SUDAH BERSEDIA KELAK.
Tidak perlu kau berpasangan sekarang bilamana kau belum bersedia untuk berkahwin.

Semalaman di hospital

Posted: 7/10/2010 by fahmi chester in
0

Semalaman di rumah sakit

Sakit.
Itu yang aku rasa
Walaupum aku segar sihat
Kerana tempat ini buat aku turut berkongsi
Merasa akan  kesakitan mereka-mereka
Yang terlantar di atas katil itu

Suram
Kerana ini bukan tempat untuk kau
Bergelak tawa bergembira
Kau disini kerna menghormati orang yang sakit
Merasai sakit mereka
Dan menyedari betapa tidak hebatnya engkau 
Bila ditempatkan diatas katil itu

Aku lihat,
Seorang pakcik tua bersama cucu perempuanya,
Bila ditanya dimana anaknya,
Kerja..

Aku lihat,
Seorang makcik tua mungkin dalam 50an
Bukan dia yang sakit
Tapi menemani cucu lelakinya
Kerana kedua ibu-bapanya
Kerja...

Aku lihat lagi
berpuluh-puluh manusia,
Kecil besar tua muda
Tidur di koridor-koridor
Menunggu seseorang dari luar
Beralaskan lantai
Berbantalkan tangan
Namun, tiada lansung muka terseksa dalam mereka.

Mahukah kau menjadi pakcik tua itu?
Atau kamu hanya mahu menjadi anaknya?

Mahukah kau menjadi anak lelaki itu?
Atau hanya mahu menjadi ibu bapanya?


Dan

Celaka
Dan celakalah kau jika kau 
gelak terbahak-bahak didalam wad
Akan lawak yang kau buat 
Walaupon untk menceriakn seseorg,
Kerana,
Yang sebelah,
Mungkin,
Ada seseorang yang,
Kesakitan selepas pembedahan,
Berlawan hidup mati
Menunggu anak yang tidak muncul-muncul
Hendak ke tandas, tapi malu dan uzur
Tiada siapa datang menjenguk
Keseorangan
Kesunyian...

Ya, jangan jadi sebegitu
Cuba kita fikir akan perasaan orang laen
Tak susah kan?

 
Semalaman di hospital ini 
Sedikit menyedarkan aku
Walaupun betapa hebatnya aku diluar sana
Jika aku sakit dan di-wadkan, 
Adakah akan ada orang yang mahu
Menjenguk aku?
Menunggu aku?
Menjaga aku?
Dan berkongsi kesakitan aku ini?


Adakah?

DAN Kembali.

Posted: 6/10/2010 by fahmi chester in
0

DAN, sejuk dahulu muncul kembali,
Menegangakan segala romaku,
Segala memori usang kembali jelas,
Membuat aku tersenyum.

Tapi,
Berapa lamakah bertahannya seyuman itu?

Kembali bersama juga adalah segala pahit,
Segala tangis, sedih, benci dan sesal,
Dan buat aku berfikir,
Akan jatuh terhantuk lagikah aku KALI INI?




*kita tidak tahu benci dan sayang dahulu boleh kembali.
Baikkah atau burukkah kesannya kembali-an itu, gunakan akal. DAN.

Benci-Sayang

Posted: 5/07/2010 by fahmi chester in
2

Hei kau,
Aku benci engkau, benci!
Kenapa kau masih sayang aku lagi?
Tidak penatkah kau dengar makian aku?
Kering gile kah hati kau itu?

Kan aku sudah kata,
Aku jahat.
Engkau buat tuli,
Engkau buat buta,
Engkau ulang lagi,
Kata aku boleh berubah
Engkau memang bangang.

Aku marah, aku maki, aku kutuk,
Engkau nangis, aku gelak,
Tapi engkau masih bersama aku,
Engkau ikut kemana saja bayang jahatku pergi.

Aku suruh kau bukak tudung,
Jangan pakai kembang-kembang,
Kerana aku malu bila bersama kawanku,
Tapi kau tetap begitu.

Jangan kau usik mobile aku,
Jangan harap aku belikan kau bunga,
Jangan fikir aku rindu kau,
Dan jangan panggil aku "sayang"

Aku dajalkan kau, tpi,
Masa aku sakit demam, kau teman aku,
Masa aku pokai, kau bagi duit kau,
Masa aku tengah marah, kau bawak aku pegi makan,
Dan masa birthday aku, kau bagi aku patung beruang..

Apa aku igt aku terharu?
Aku letak teddy bear itu bawah katil,
Tak ingin aku peluk pun,
Baik kau bagi makanan, boleh kenyang perut!



.
..
...
....
.....

Tiga bulan,
Sudah tiga bulan kau tak gangu aku,
Sudah tiga bulan tiada orang panggil aku sayang,
Patung beruang dulu aku letak atas meja,
Aku pandang, aku renung, aku peluk,
Kerana engkau sudah pergi,
Engkau pergi kepada-Nya.

Aku sudah tidak macho,
Kerana mataku basah sejak dari hari itu.



-Aku BENCI kau wahai SAYANG-

bodoh sial babi celaka kimak menatang setan

Posted: 3/04/2010 by fahmi chester in Labels:
1

aku mahu kutuk orang

"bodoh
sial
babi
celaka
kimak
gila
menatang
setan"

sape yang aku kutuk?

orang-orang yang

"bodoh
sial
babi
celaka
kimak
gila
menatang
setan"

bagi aku, mmg patut aku kutuk mereka ini.

*diam, amek nafas.

mereka?
apa mereka buat?
apa salah meraka?


dera bagai mahu mendera perogol bini dia
rogol bagi melayan seorang pelacur
bunuh macam bunuh cicak kat dinding
buang dalam magkuk tandas sampai membengkak
buang dalam tong sampah sampai berulat
tinggal di tepi jalan umpama sarapan untuk anjing
lepas dera selamba hantar hospital kata kemalangan
bagi teman lelaki dera dan tanpa malu bagi komen kat media

ok,
*diam*
*pejam*
*imbas segala media massa yang ada*

mangsa sume ni bkn orang tua macam kita
tapi
budak-budak kecil
ada yang baru lahir
ada yang berbulan-bulan
ada yang baru pandai panggil nama mama
ada yang sangat petah berceloteh buat ceria suasana
ada yang cacat tidak mengerti akan cacatnya
ada yang tidak tahu akan siapa bapanya

*jangan nangis*

tapi ini hakikat!
manusia zaman sekarang
tidak tahu apa fikiran mereka
yang tidak berkahwin laen cerita
yang dah kahwin plak ada juga cerita
apa ingat anak yang tuhan bagi itu anak patung?
suka hati kamu aja mahu buat macam mana
mahu-buat anak
tidak mahu-buang ketepi


mahu tanya kamu semua,
berapa ramai orang mandul kat luar itu?
berapa ramai yang dah kawin bertahun2 tpi masih tiada zuriat?
yang tiap-hari berdoa agar diberikan cahaya mata?
ramai orang begini kat luar sana

tapi mereka yang diberikan anugerah ini pula
senang-senang aja membunuh nyawa yang xbersalah ini
kerana merka sedar meraka salah
dan jikalau mahu zuriat lain, mereka tahu mereka mampu
maka tidak kisah akan kehilangan yang ini.

*celaka

setiap hari aku buka akhbar
mesti ada kes dera, kes bunuh, kes buang anak
apa sudah jadi masyarakat kita ni?
mana moral kita sebagai MANUSIA?
sedangkan HAIWAN menjaga anak dari kecik sehinnga besar
umpama ayam,
"berkokok riuh sekampung sebagai meraikan kelahiran telur yang masih belum tentu menetas atau tidak"
dan mahu tanya lagi
MANUSIAkah mereka itu?

tetarik dengan idea seorang blogger yang aku minat
perlu mewujudkan satu badan khas yang menerima anak2 LUAR NIKAH, anak yang tidak mahu diPELIHARA, anak yang lahir atas KESILAPAN, anak kecil yang MENYUSAHKAN hidup ibu-bapa.
dan kemudian diberikan kepada sesiapa YANG SANGGUP seperti pasangan mandul dan sebagainya.


post tamat disini
kerana kamu semua boleh pikir sendiri dengan lagi mendalam.

rahsia??

Posted: 2/27/2010 by fahmi chester in
0

ya,
itu hak kau untuk berahsia
aku tidak minta untuk tahu sedikit pun
dan tidak gila bayang untuk mengetahui
akan apa yang kau rahsiakan.

tapi,
bangang dan bodoh kalau
ada meeting penting
ada diskusi agama
ada dua ini kau rahsiakan

dan cara kau,

"nak pegi jumpa member kat situ jap. katner? ader ar dekat2 tu. kat mana? susah nak cakap ar. ok, tapi saper? ko xkenal la"
walaupon aku tahu akan kau tidak ada 'member' kat situ
dan kalau ada, kenapa mahu berdalih bila ditanya?
kau rahsia apa ingat aku mahu kenal dan kacau 'member' kau itu?


"nak pegi tolong something jap. tolong apa? buat kejer sikit2,keje aper? ada la. ok, tapi siapa dan kat mana? aku pergi dulu."
walaupon kalau betul tolong, tidak pula disebut tentangnya apa
adakah hanya org tertentu sahaja yang boleh menolong?
kau rahsia apa ingat aku mahu tolong sangat kah?

aku
ops...
AKU
kalau kau mahu sembunyi pasal
"dating dengan awek"
AKU xkesah
"pergi clubbing"
AKU xkesah
"lepak umah member perempuan"
AKU xkesah
pasal semua diatas,
AKU tak kisah kau mahu rahsia.
AKU faham.

tapi
bila pasal AGAMA pun mahu dirahsia
bagi alasan yang amat bodoh macam diatas
mahu sakit hati kan?
tidak boleh bagitahu yang sebenar kah?
kalu kau bagitahu, apa masalahnya?
kalau aku tahu semua tu
ada bezakah?

ok, mahu tanya
aku mengancam agamakah?
aku membocorkan rahsia?
aku tidak layak?(mungkin)
aku yahudi kah?

kalau ya
teruskan berahsia
kerana semua salah aku
dan patut pun kau berahsia

akan tetapi..
yg aku fikir
hanya MENGAMBIL BERAT kemana kawan, ops, "KAWAN" aku pergi.
itu sahaja..

nak tanya..

Posted: 1/16/2010 by fahmi chester in
3

kau siapa? aku siapa?
kenapa kau cakap aku cam budak2?
aper ko ingat ko dah besar sangat sebab ko senior aku?
aper ko ingat ko dah tua, lagi byak makn garam, lagi banyak kau melangkah, so kau bleh perintah aku itu ini??
weyh,a ku pon makan garam jgk la! aku pon jalan kaki jgk la, entah2 aku lagi bayak jalan dari ko yg hanya memerintah dari kerusi lahanat kau.xder otak!

kau siapa, ak siapa?
kenapa kau asyek kata sumer salah aku?
kau maksum ker? xpernah buat salah?
banyak jer ko buat salah nagn aku, tapi aku xamek tau jer cz aku rasa xberbaloi nk dbincangkan,
tapi ko, cam sial,salah kecik pon kau kecohkan smpai satu dunia tau.
weyh, ko pon same ar, sume aku malas layan masalah bdoh2 camtu, bzair masa!

ko siapa? aku siapa?
kenapa bila aku menang, kau kalah, ader jer alasan yang kau sabitkan,
ader jer ketidak-puashatian dari ko! cam cibai! ku dah kalah kali ni,
terima ar hakikat yang kali ini aku lagi bgus untk pertama kalinya dari kau.
kau tak puas hati sebab kau asyik menang kan,hoi, dunia ini bulat, kate orang, macam roda, ader time kat atas, ader time kat bawah. bahlul.

kau siapa? aku siapa?
kalaupon kau cantik jelita tiada tandingan, patut ker kau cakap muka aku buruk?
aper ko ingat aku xder perasaan?aku mahu cantik, tapi ini yang tuhan cipta, tapi aku tak mengeluh pon,
aku redha ar, tapi yang kau duk sibuk duk ktuk aku apasal? igt, jgan sampai tuhan tarik balik ko punyer cantik tu baru kau tahu. sial!

kau siapa? aku siapa?
yer, mungkin aku kuli jer, dan kau maha boss pada aku, mmg aku kena turut perintah kau,
tapi aper ko ingt kau bleh hina aku? bleh gelakkan aku bila jatuh masa tgh buat kerja?
then, bila aku mintak nak pinjam duit atau mintak gaji awal cz anak aku nak bayar yuran sekolah, bleh kau gelak
n cakap org laen nak kawen, ko nak kawen jgk. babi ah kau!

aku tanya ni, sape nak jawab sumer ni?


*hidp camni kan?