Selepas aku nampak kau.

Posted: 11/09/2010 by fahmi chester in
6

Aku nampak pakcik tua pimpin tangan makcik tua melintas jalan.



Aku nampak budak kecil berpusing-pusing di taman.



Aku nampak pemandu bas ketawa bersama penumpang.



Aku nampak kakak itu senyum dengan talifon di telinganya.



Aku nampak tukang sapu itu gembira bersama rokok dimulut.



Aku nampak kucing bermain-main dengan sampah kecil.



Aku nampak jalan tidak sibuk sebagaimana biasa.



Aku nampak awan begitu cantik sekali hari ini.



Aku nampak merpati hinggap di tingkap bilikku.






Aku nampak semua ini,
selepas aku nampak kau.

6 sudah tekan balik:

  1. pimpim ke pimpin, enchekk fahmi oii?

  1. pimpim gaya org kampung cakap, kan?
    haha.

  1. PJ: yela pimpim gaya kg.
    haha

    ye2, my bad. huhu

  1. ala..ngadalah. tak kisah pun