Siapa Aku?....

Posted: 1/19/2009 by fahmi chester in
1

Aku,
Manusia biasa di muka bumi,
Menunggu masa menanti hari,
Tidak ku suka menghitung hari,
Bukan ku mahu apa yang terjadi,
Semuanya takdir dari azali,
Apa yang terjadi jadi abadi.


Aku,
Aku hanya sebesar serangga,
tidak ku bisa menggertak dunia,
Aku mahu jadi berjaya,
Aku mahu hidup bahagia,
Namun datang padaku segala celaka,
Dan segala yang ada hanyalah sementara.


Aku,
Aku mahu berkawan berjuta,
Musuh nan satu tidak ku pinta,
Tapi mengapa mereka boneka,
Yang hanya reti mengaburi mata,
Ketika susah mereka berkata,
Dimasa senang,mereka tiada didepan mata


Mengapa,
Kadang kala aku terlupa,
Menjadi syaitan bersumpah neraka,
Kadang kala aku dihina,
Umpama mereka paling mulia,
Kadang kala aku terseksa,
Dicucuk jarum nafsu manusia,
Dan jarang sekali aku bahagia,
Dan jarang sekali aku gembira.


Aku,
Aku ini manusia biasa,
Bercuba untuk menulis puisi,
Ingin ku luah isi dihati,
Agar dapat ku abadi,
Salam perkenalan dari hati,
Inilah aku, h@f!z f@hm! .....


TERLUAH PADA:
8:18PM
19/01/2009

1 sudah tekan balik:

  1. Anonymous says:

    Kita...
    Insan biasa tiada makna,
    Bila dicerca kita berduka,
    Bila dipuji kita gembira,
    Itu lumrah hidup manusia...

    Kita...
    Hanyalah hamba,
    Mengabdi diri pd yg Maha Esa,
    Dijunjung tinggi tugas utama,
    Walau syaitan kdg raja,
    Itu lumrah hidup manusia...

    Kita...
    Bukanlah sempurna,
    Mewarnai watak dunia nan fana,
    penuh dengan pahala dan dosa,
    Itu lumrah hidup manusia..

    Namun...
    Aku adalah aku,
    Kau adalah kau,
    Tak mungkin wujud dua serupa,
    Kita tak mungkin sama,
    bezanya berjuta,
    namun 1 persamaan nyata,
    kita adalah hamba kepadaNya...