Janji...

Posted: 6/08/2009 by fahmi chester in
0

Debu-debu lantai bulan itu ku kumpulkan,
Serpihan kecil bintang bersinar itu ku satukan,
Suam sejuk planet pluto itu ku botolkan,
Dan haba mentari itu aku sejukkan.


Semuanya aku kumpulkan aku dapatkan,
Kerana aku pernah berjanji pada engkau,
Yang aku mahu engkau dapat apa yang orang lain tiada,
Aku bertekad akan aku usaha untuk mendapatkannya.


Namun,
Aku baru tersedar yang langit itu tujuh dan jasadku hanya satu,
Yakni aku tidak mampu menunaikannya dan semua hilang tinggal janji berdarah.



MAAFKAN AKU ATAS APA YANG TERJADI KERNA SESUNGGUHNYA AKU MASIH TIDAK MEMAHAMI AKAN ISI HATIKU SENDIRI APATAH LAGI MAHU MEMAHAMI ISI HATI ORANG LAIN...

0 sudah tekan balik: