Posted: 10/27/2010 by fahmi chester in
0

Test



- Posted using BlogPress from my iPhone

Jangan Kau Main Dengan Cinta

Posted: 10/24/2010 by fahmi chester in
2

Buat bodohlah akan perasaan engkau itu,
Bilamana kau rasa yang kau amat dahagakan cinta.
Padahal engkau tahu yang engkau tidak mampu penuhi cinta tersebut.
Kerana sebenarnya engkau belum lagi bersedia.

Jangan kau bermain kata dusta dengan si dia,
Pabila hati engkau masih belum sedia untuk berdua,
Kerana kau hanya akan melukakan hati nya,
Hati yang mengharap akan sesuatu dari engkau.

Ya,
Mungkin kau amat sayangkan dia,
Kau takut suatu hari nanti,
Seseorang akan mengambil dia,
Dimana ketika itu kau tidak mampu berkata apa kerana dalam diri kau masih belum bersedia.

Oleh kerana itulah,
Kau tipu dia sekarang ini,
Kau cakap kau sayang dia,
Kau cakap kau cinta dia,
Kau cakap kau perlukannya,
Padahal
Kau hanya
Takut kehilanganya di hari kelak.

Sekarang kau begitu,
Masih menipu dia,
Padahal hati kau masih belum bersedia.

Hei bahlul,
Kau tidak tahukah yang Pencipta kau akan tolong kau jika kau iklhas dan betul-betul ingin memperisterikan perempuan idaman engkau?
Tidak mengisytiharkan diri sebagai pasangan kekasih tidak bermakna kau tidak akan mengahwini dia.

kau silap konsep.
Itu konsep manusia cipta.
konsep tuhan telah lama tersedia.

Kalau
Kau sayang dia,
Kau berdoa dengan Pencipta kau,
Mintak dia jodohkan dengan kau
Pabila kau SUDAH BERSEDIA KELAK.
Tidak perlu kau berpasangan sekarang bilamana kau belum bersedia untuk berkahwin.