menagislah..

Posted: 11/21/2009 by fahmi chester in
3

pernah tak kau rasa mahu menangis?
kerana engkau rasa engkau berseorang,
walaupun pada masa itu ada bejuta jasad di sebelah kau
dan menemani kau?
tentu pernah kan?

pada masa tu engkau rasa yang engkau hidup di satu tempat yang kering lagi kosong,
engkau mahu air, hanya ada debu,
mahu buah, hanya ada tangkai,
mahu madu, hanya ada lebah
hanya engkau semata2 dan tiada hidupan apa2 pon
dan pada masa itu,
kau mahu bercakap sedanghkan mulut engkau kaku untuk menjerit berkata bahawa engkau mahu kuasa,
tapi,
kau hanya mampu menjerit di dalam hati

kau tidak menangis

kau terus berjalan kerana kau rasa kau mampu untuk mencari hujung dunia sana yang kau rasa akan sampai tiba
semakin kau jalan semakin penat hati kau itu
semakin kau tahan semakin penuh otak fikiran kau
dan semakin kau biar semakin terseksa batin kau
seperti akan ada yang mahu meletup

kau jalan lagi, kau gagah..

kau tiba di satu tempat yang tiba2 dipenuhi manusia,
tetapi hanya bayangan hitam,
kau cuba tegur, tiada jawapan,
kau cuba pegang, tapi tiada rasa
kau cuba tahan, tiada siapa berhenti,
kau hampa.

kenpa engkau tidak menagis sahaja wahai manusia?
menagis adalah ubat paling mujarab sebelum engkau selesaikan yang lain,

menagislah kerana sesuatu pun,
kerana
selepas menangis,
kau akan aman,
kau akan cerah,
kau akan celik,
kau akan sedar
dan kau akan nampak segalanya..

dan selepas itu,
segala macam jalan akan terbuka untuk kau.